Konichiwa...Hai sekali lagi!
Apa khabar semua? Kali ini kita berjumpa lagi dalam entri baru saya. Cuma kali ini, saya nak ajak kawan kawan memasak pulak! Hahaha...saya pun sebenarnya tak pandai memasak juga. Goreng telur boleh la...
Saya hanya nak berkongsi resepi masakan kegemaran saya iaitu Daging Masak Kicap. Ini makanan yang selalu dimasak oleh ibu saya sebab ianya senang dibuat dan berkhasiat. Okay jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.
a) 1/2 kg daging yang dipotong nipis (digaul dengan garam dan kunyit)
b) Ubi kentang di potong 4 (digoreng)
c) Sebiji bawang besar dipotong bulat
d) 3 ulas bawang putih dipotong nipis
e) 2 inci halia dipotong halus
f) Kicap manis
g) 2 sudu kecil serbuk lada hitam dan akhir sekali semestinya minyak masak untuk menggoreng
Tetapi kawan-kawan semua, jangan gunakan pisau untuk memotong bahan-bahan diatas sendirian. Mintak tolong dengan mak kita atau orang dewasa ya!
Okay la...cara memasak senang saja. Jom kita mulakan:-
1. Panaskan 1 cawan minyak masak dalam kuali.
2. Masukkan daging yang sudah digaul dengan garam dan kunyit.
3. Goreng sehingga minyak sedikit kering dan daging separuh masak.
4. Lepas tu kita masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
5. Masukkan serbuk lada hitam dan kicap manisdan kentang yang sudah digoreng tadi.
6. Kacau sampai sebati dan sampai kuah agak kering.
Tadaaa....dah siap pun. Kalau nak hias dengan buah tomato pun boleh. Biar nampak cantik sikit. Jangan lupa makan dengan nasi panas-panas!
Kalau ibu saya masak daging ni, memang saya akan makan 2 pinggan!
Okay kawan-kawan semua...kalau ada masa cubalah resepi ibu saya ni. Mesti takkan menyesal. Kalau sedap bagitahu kawan, tak sedap bagitahu saya! Hehehe...
Rasanya setakat ini saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi nanti..Insha Allah..
SHOKUYOKU (selamat menjamu selera)
3.
Thursday, 5 October 2017
Wednesday, 4 October 2017
Lawatan ke Langkawi
Hi semua!
Hari ini, saya nak ceritakan pengalaman saya bercuti ke Pulau Langkawi. Semestinya saya ke sana bersama keluarga saya. Pulau Langkawi ini terletak di Negeri Kedah Darul Aman dan ianya juga dikenali sebagai Pulau Bebas Cukai. Menurut lagenda,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang'.Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksud coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat. Untuk sampai ke Langkawi, ada dua cara pengangkutan iaitu dengan menaiki kapal terbang atau feri.
Kami ke sana dengan menaiki kapal terbang AirAsia dan perjalanannya memakan masa selama 5 minit. Setibanya disana, kami mendaftar masuk di sebuah chalet yang terletak di Pantai Chenang. Nama chalet itu ialah AB Motel. Sungguh cantik tempat tinggal kami terutamanya pantai yang bersih dan pemandangan air laut yang membiru.
Semasa di Langkawi, kami berkesempatan melawat tempat-tempat pelancongan yang menarik. Tempat pertama yang kami pergi ialah Makam Mahsuri yang terletak di Mukim Ulu Melaka. Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah. Ia merupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,seorang wanita jelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang. Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh dengan ditikam sehingga mati menggunalam sebilah keris. Menurut lagenda, darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akan maju dan bahagia selama tujuh generasi.Walaubagaimanapun, selepas 7 generasi, Langkawi telah membangun dengan pesat sekali.
Selepas selesai melawat Makam Mahsuri, kami pergi pula ke UnderWater World. Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis.Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Saya dan adik saya merasa sungguh teruja melihat kehidupan laut seolah-olah kami juga berada didalam laut.
Selain daripada itu juga, kami juga menaiki Cable car Langkawi yang terletak di Gunung Mat Chinchang. Cable car Langkawi ini mula dibuka kepada orang ramai pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Pemandangan gunung batu kapur sangat indah dan menarik. Walaupun saya merasa gayat, tetapi saya beranikan juga diri saya untuk melihat ke bawah. Memang menakutkan tetapi seronok!
Setelah penat berjalan, kami singgah sebentar untuk makan di restoran yang berdekatan. Saya mencuba Laksa Kedah dan juga masakan Thai. Memang sedappp! Kami pulang ke chalet untuk berehat dan tidur.
Keesokan harinya, selepas bersarapan, kami berjalan-jalan di sekitar Bandar Kuah untuk membeli-belah. Sudah semestinya, saya mengajak ibu dan ayah pergi ke kedai menjual coklat. Begitu banyak coklat yang dijual sehinggakan saya tidak tahu mana yang nak dipilih. Harganya murah jika dibandingkan dengan harga di Kuala Lumpur. Ibu saya pula, membeli peralatan dapur seperti pinggan mangkuk dan sebagainya. Ayah saya hanya menggelengkan kepala kerana ibu saya tidak henti-henti keluar masuk kedai melihat barangan yang ada.
Kami berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam. Namun, pengalamannya sungguh menyeronokkan. Selepas ini, saya hendak ke sana lagi. Tetapi ibu saya letakkan syarat yang saya mesti mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun. Nampakknya, saya terpaksa berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai hajat saya itu.
Okay semuaa sehingga jumpa lagi!
Wassalam.

Jom Kita Berkenalan!
Assalamualaikum, hai semua!

Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya Khadeeja Mysara Khan. Saya baru sahaja mencecah usia 11 tahun pada bulan September baru-baru ini. Saya adalah anak sulung daripada 2 adik beradik sahaja. Ayah saya berasal dari Pakistan dan ibu saya berasal dari Perak. Adik saya berumur 9 tahun dan namanya Zulaikha Areesha Khan.
Kami tinggal di Bukit Bayu Seksyen U10 Shah Alam bersama-sama dengan Opah saya. Kawasan rumah kami berdekatan dengan hutan simpan Bukit Cherakah. Suasana di sekitar rumah kami sangat tenang dan dikelilingi dengan kehijauan alam semulajadi. Setiap kali selepas hujan adalah waktu yang paling saya suka kerana kabus sangat tebal dan dan cuaca sejuknya seolah-olah di Cameron Highlands. Memang besttt! Itu tentang rumah saya, sekarang ni saya nak ceritakan tentang sekolah saya pula.
Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana. Ianya lebih kurang 3 km dari rumah saya. Sekolah saya baru 3 tahun dibuka. Buat masa ini, kelas hanyalah dari tahun 1 hingga tahun 5. Saya amat suka bersekolah di sini kerana bangunannya yang masih baharu dan lokasinya jauh dari bunyi bising jalan raya. Cikgu-cikgu saya semuanya baik-baik belaka. Guru kelas saya ialah Puan Intan Suraya. Dia seorang cikgu yang amat mengambil berat tentang anak muridnya. Begitu juga dengan cikgu-cikgu yang lain.
Sekarang saya nak bercerita tentang hobi saya. Membaca buku adalah hobi saya yang paling utama. Saya membaca semua jenis topik terutamanya sejarah dan komik anime. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis anime kerana saya sukakan watak kartun terutamanya dari Jepun.
Apa lagi saya nak cerita ya? Oh ya! Saya juga amat menggemari makanan Jepun terutamanya tempura, udon dan onigiri. Pendek kata, apa saja tentang Jepun saya sukaaa!!! Hihihi
Okaylah, saya rasa cukup setakat ni sahaja celoteh harini. Saya akan update blog saya lagi pada masa yang akan datang. Pesanan untuk kawan-kawan dan diri saya sendiri...... SENTIASA BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA DAN INGATLAH ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN
Wassalam

Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya Khadeeja Mysara Khan. Saya baru sahaja mencecah usia 11 tahun pada bulan September baru-baru ini. Saya adalah anak sulung daripada 2 adik beradik sahaja. Ayah saya berasal dari Pakistan dan ibu saya berasal dari Perak. Adik saya berumur 9 tahun dan namanya Zulaikha Areesha Khan.
-Keluarga saya-
Bukit Bayu
-Sekolah saya-
Sekarang saya nak bercerita tentang hobi saya. Membaca buku adalah hobi saya yang paling utama. Saya membaca semua jenis topik terutamanya sejarah dan komik anime. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis anime kerana saya sukakan watak kartun terutamanya dari Jepun.
Apa lagi saya nak cerita ya? Oh ya! Saya juga amat menggemari makanan Jepun terutamanya tempura, udon dan onigiri. Pendek kata, apa saja tentang Jepun saya sukaaa!!! Hihihi
-Yum yum-
Okaylah, saya rasa cukup setakat ni sahaja celoteh harini. Saya akan update blog saya lagi pada masa yang akan datang. Pesanan untuk kawan-kawan dan diri saya sendiri...... SENTIASA BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA DAN INGATLAH ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)