Thursday, 5 October 2017

Jom Masak Masak

Konichiwa...Hai sekali lagi!

Apa khabar semua? Kali ini kita berjumpa lagi dalam entri baru saya. Cuma kali ini, saya nak ajak kawan kawan memasak pulak! Hahaha...saya pun sebenarnya tak pandai memasak juga. Goreng telur boleh la...

Saya hanya nak berkongsi resepi masakan kegemaran saya iaitu Daging Masak Kicap. Ini makanan yang selalu dimasak oleh ibu saya sebab ianya senang dibuat dan berkhasiat. Okay jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

a) 1/2 kg daging yang dipotong nipis (digaul dengan garam dan kunyit)
b) Ubi kentang di potong 4 (digoreng)
c) Sebiji bawang besar dipotong bulat
d) 3 ulas bawang putih dipotong nipis
e) 2 inci halia dipotong halus
f) Kicap manis
g) 2 sudu kecil serbuk lada hitam dan akhir sekali semestinya minyak masak untuk menggoreng

Tetapi kawan-kawan semua, jangan gunakan pisau untuk memotong bahan-bahan diatas sendirian. Mintak tolong dengan mak kita atau orang dewasa ya!

Okay la...cara memasak senang saja. Jom kita mulakan:-

1. Panaskan 1 cawan minyak masak dalam kuali.
2. Masukkan daging yang sudah digaul dengan garam dan kunyit.
3. Goreng sehingga minyak sedikit kering dan daging separuh masak.
4. Lepas tu kita masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.
5. Masukkan serbuk lada hitam dan kicap manisdan kentang yang sudah digoreng tadi.
6. Kacau sampai sebati dan sampai kuah agak kering.


Tadaaa....dah siap pun. Kalau nak hias dengan buah tomato pun boleh. Biar nampak cantik sikit. Jangan lupa makan dengan nasi panas-panas!

Kalau ibu saya masak daging ni, memang saya akan makan 2 pinggan!

Okay kawan-kawan semua...kalau ada masa cubalah resepi ibu saya ni. Mesti takkan menyesal. Kalau sedap bagitahu kawan, tak sedap bagitahu saya! Hehehe...

Rasanya setakat ini saja untuk kali ini. Kita jumpa lagi nanti..Insha Allah..

SHOKUYOKU (selamat menjamu selera)









3. 

No comments:

Post a Comment