Wednesday, 4 October 2017

Jom Kita Berkenalan!

Assalamualaikum, hai semua! 





Pertama sekali, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya Khadeeja Mysara Khan. Saya baru sahaja mencecah usia 11 tahun pada bulan September baru-baru ini. Saya adalah anak sulung daripada 2 adik beradik sahaja. Ayah saya berasal dari Pakistan dan ibu saya berasal dari Perak. Adik saya berumur 9 tahun dan namanya Zulaikha Areesha Khan. 

  

-Keluarga saya-

Kami tinggal di Bukit Bayu Seksyen U10 Shah Alam bersama-sama dengan Opah saya. Kawasan rumah kami berdekatan dengan hutan simpan Bukit Cherakah. Suasana di sekitar rumah kami sangat tenang dan dikelilingi dengan kehijauan alam semulajadi. Setiap kali selepas hujan adalah waktu yang paling saya suka kerana kabus sangat tebal dan dan cuaca sejuknya seolah-olah di Cameron Highlands. Memang besttt! Itu tentang rumah saya, sekarang ni saya nak ceritakan tentang sekolah saya pula. 

Bukit Bayu

Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana. Ianya lebih kurang 3 km dari rumah saya. Sekolah saya baru 3 tahun dibuka. Buat masa ini, kelas hanyalah dari tahun 1 hingga tahun 5. Saya amat suka bersekolah di sini kerana bangunannya yang masih baharu dan lokasinya jauh dari bunyi bising jalan raya. Cikgu-cikgu saya semuanya baik-baik belaka. Guru kelas saya ialah Puan Intan Suraya. Dia seorang cikgu yang amat mengambil berat tentang anak muridnya. Begitu juga dengan cikgu-cikgu yang lain. 

 

-Sekolah saya-

Sekarang saya nak bercerita tentang hobi saya. Membaca buku adalah hobi saya yang paling utama. Saya membaca semua jenis topik terutamanya sejarah dan komik anime. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis anime kerana saya sukakan watak kartun terutamanya dari Jepun.



Apa lagi saya nak cerita ya? Oh ya! Saya juga amat menggemari makanan Jepun terutamanya tempura, udon dan onigiri. Pendek kata, apa saja tentang Jepun saya sukaaa!!! Hihihi  


                                                  -Yum yum-

Okaylah, saya rasa cukup setakat ni sahaja celoteh harini. Saya akan update blog saya lagi pada masa yang akan datang. Pesanan untuk kawan-kawan dan diri saya sendiri...... SENTIASA BERBUAT BAIK SESAMA MANUSIA DAN INGATLAH ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN

Wassalam






No comments:

Post a Comment